Seo Services

Dadah Punya Pasal, Bayi 6 Bulan ‘Masuk’ Lokap


ALAHAI… kesiannya. Dek kerana kedua ibu bapanya ditahan atas kesalahan memiliki dadah, seorang bayi berusia enam bulan terpaksa bermalam di lokap memandangkan masih menyusu badan.

Dalam tangkapan pada Selasa kira-kira jam 3 petang itu, ibu bapa bayi berkenaan ditahan selepas polis mengadakan serbuan di sebuah rumah kedai di Kampung Pasir Akar, Jertih.

Ketika serbuan dilakukan, hasil pemeriksaan polis menemui satu bekas plastik warna merah jambu di atas almari di dapur.

Selain itu, polis turut menemui sebanyak 16 tiub penyedut minuman warna biru setiap satu berisi 10 biji pil warna kemerahan termasuk satu tiub lagi berisi sembilan biji pil yang sama bersama sebiji pil warna kehijauan disyaki dadah.

Susulan itu, pasangan terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.B

Penahan ini turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi.

Difahamkan, lelaki berusia 25 tahun dan isterinya berusia 29 tahun tinggal menyewa di rumah kedai itu sejak setahun lalu. Mereka turut mengusahakan kedai makan. – MYNEWSHUB.CC
Dadah Punya Pasal, Bayi 6 Bulan ‘Masuk’ Lokap Dadah Punya Pasal, Bayi 6 Bulan ‘Masuk’ Lokap Reviewed by Unknown on March 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.