TAWAU : Kenakalan murid adalah satu kebiasaan bagi guru dan pendekatan bijak harus dipraktik agar murid akan berubah dan terus menumpu mata pelajaran yang diajar.
Cikgu Nur Hajiah Yusof, 36 berasal dari Sarawak mengajar di Sekolah Kebangsaan Titingan Tawau berkongsi pengalaman mengajar anak murid yang begitu nakal dan tidak pernah siapkan kerja sekolah.
"Saya mengambil tindakan mendenda jika tidak menyiapkan kerja sekolah dan perubahan sikap anak muris mula kelihatan ketara.
"Mereka bersikap menjadi murid yang begitu rajin dan melunaskan kerja yang telah diberi serta peningkatan pendidikan mula menampak hasil," katanya kepada Sarawakiana.
Menurut Nur, perubahan tersebut turut berlaku kepada pelajar yang paling nakal dalam kelas beliau dan ada sesuatu yang menyentuh perasaan berlaku pada hari ini.
"Haikal memang seorang pelajar yang suka bergadoh, merayau dan tidak pernah siap kerja kelas telah menunjuk sikap sebenar pelajar tersebut.
"Ketika kelas akhir saya telah masuk untuk mengajar kelas yang diduduki Haikal dan mendapati kerusi cikgu tiada di meja dan saya teruskan juga untuk mengajar dan mengarah pelajar agar berdiri dan membaca doa mengikut amalan agama masing-masing.
"Selesai membaca doa saya mengarahkan agar semua pelajar duduk dan saya terus berdiri untuk mengajar.
"Suatu yang tidak disangka berlaku apabila Haikal mengambil kerusi beliau dan memberi kepada saya agar saya dapat duduk," ujarnya.
"Suatu yang tidak disangka berlaku apabila Haikal mengambil kerusi beliau dan memberi kepada saya agar saya dapat duduk," ujarnya.
Menurut Nur, perkara tersebut begitu menyentuh perasaan beliau kerana seorang pelajar yang nakal sanggup memberi kerusi kepadanya.
"Haikal terus berdiri membuat kerja sekolah beliau dan apabila penat beliau akan duduk di lantai.
"Sungguh tersentuh melihat sikap Haikal yang dalam nakal beliau mempunyai sifat yang begitu mulia," tanbahnya lagi.
Tambah Nur, Haikal telah menunjuk perubahan minat kepada belajar apabila pendekatan positif diterap dalam pembelajaran dan kenakalan seorang anak murid bukan untuk guru menyisihkan mereka tetapi mereka perlu bimbingan yang lebih efisyen.-Sarawakiana
Dalam Nakal Terselit Sifat Muliamu
Reviewed by Unknown
on
March 04, 2017
Rating:
No comments: