Seo Services

Guru Agama Semenanjung Diperlukan Untuk Penuhi keperluan Di Sarawak


KUCHING: Pengambilan Guru Agama dari Semenanjung dan Sabah diperlukan untuk memenuhi keperluan di negeri ini kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Langkah tersebut diambil bagi memastikan pelajar beragama Islam di negeri ini terus menerima pendidikan terbaik dalam subjek berkenaan,” jelasnya.

Beliau berkata hal ini kerana bilangan graduan tempatan tidak mencukupi untuk mengisi kekosongan jawatan guru agama Islam di negeri ini.

"Kementerian akan sentiasa memberi keutamaan kepada calon tempatan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan sebagai guru agama Islam di Sarawak.

"Namun, timbul sedikit masalah berikutan tiada permohonan daripada orang tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan ini," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan peruntukan khas kepada 68 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuching di SJKC Chung Hwa No.3 di sini, semalam. – Sarawakiana
Guru Agama Semenanjung Diperlukan Untuk Penuhi keperluan Di Sarawak Guru Agama Semenanjung Diperlukan Untuk Penuhi keperluan Di Sarawak Reviewed by uMieySurianie on March 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.