Seo Services

Harga Minyak Terus Kukuh Di Asia

Image result for Oil
SINGAPURA: Harga minyak tinggi hari ini di Asia, disokong oleh kejatuhan pengeluaran di Libya dan pengurangan stok petrol di Amerika Syarikat (AS), meskipun lebihan inventori minyak mentah AS kekal menjejaskan pasaran. 

Kontrak niaga hadapan semasa Brent, penanda aras antarabangsa bagi minyak mentah, berada pada paras AS$52.42 setong pada 0040 GMT, tidak berubah berbanding penutup terakhirnya. 

Di AS, kontrak niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) naik lima cents kepada AS$49.57 setong. 

ANZ berkata, harga minyak disokong oleh kejatuhan output minyak Libya kepada kira-kira 500,000 tong sehari berikutan penutupan saluran paip dari lapangan minyak terbesarnya. 

Ia berkata, pasaran teruja dengan pengurangan stok simpanan petrol AS. 

Inventori minyak mentah AS meningkat 867,000 tong bagi minggu berakhir 24 Mac berbanding jangkaan penganalisis bagi peningkatan 1.4 juta tong. 

Jumlah inventori berada pada paras rekod menghampiri 534 juta tong, demikian mengikut perangkaan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS. 

Stok simpanan petrol jatuh 3.7 juta tong berbanding jangkaan kejatuhan 1.9 juta tong. - Reuters
Harga Minyak Terus Kukuh Di Asia Harga Minyak Terus Kukuh Di Asia Reviewed by Azmin on March 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.