Bermula tengah malam Khamis ini, rakyat Malaysia akan menikmati sistem penyusunan harga petrol baharu seperti yang telah diumumkan oleh menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Hamzah Zainuddin baru-baru ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, berkata ia merupakan pendekatan baharu supaya pengguna lebih jelas mengenai turun naik harga bahan api semasa.
“Sebenarnya apa yang saya dan Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Johari Abdul Ghani) lakukan adalah untuk memastikan rakyat mengetahui apa yang ditentukan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bagan Bharu pada 4 Mac 2017 yang lalu.
Menurut sumber yang diperoleh portal Tv14 hari ini, kita bakal menikmati penurunan harga petrol pada permulaan sistem baharu ini diperkenalkan bermula Khamis ini.
Difahamkan, harga bagi Ron 95 dan Ron 97 akan mengalami penurunan sebanyak RM0.10 berbanding sekarang ini masing-masing pada harga RM2.30 dan RM2.60 seliter.
Kaedah ini dipercayai akan memberi manfaat kepada rakyat menikmati trend harga runcit yang lebih stabil berbanding harga siling bulanan yang digunapakai sekarang ini.
Bagaimanapun, portal Tv14 masih menantikan pengumuman rasmi mengenai desas desus penurunan harga petrol seperti yang dinyatakan sumber tersebut kepada pihak kami. –Tv14
Harga Petrol Diramal Turun 10 Sen Bermula Khamis Ini
Reviewed by Unknown
on
March 28, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 28, 2017
Rating:

No comments: