Seo Services

Ijazah Undang-undang USIM Tidak Diiktiraf

Image result for Datuk Dr Mary Yap Kain Ching
KUALA LUMPUR: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang ditawarkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak memperoleh pengiktirafan di negara ini kerana gagal mematuhi piawaian.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching, berkata pemeriksaan sebelum ini mendapati USIM tidak menepati syarat dan kriteria digariskan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang (LKPU) Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, LKPU menjalankan penilaian semula untuk membolehkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dikeluarkan USIM mendapat pengiktirafan seperti enam Universiti Awam (UA) lain yang menawarkan program sama.

"Penilaian semula sudah dijalankan, justeru kita doakan usaha akan diambil USIM untuk meningkatkan kriteria pematuhan syarat ditetapkan LKPU diperakui.

"Penilaian ini bagi membolehkan mereka mendapat pengiktirafan, sekali gus menjamin masa depan mahasiswa di universiti berkenaan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) di Dewan Rakyat, hari ini.

Takiyuddin meminta perincian kerajaan berhubung faktor kegagalan Ijazah Sarjana Undang-Undang ditawarkan USIM mendapat pengiktirafan di negara ini.

Kain Ching berkata, cadangan supaya peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) dijalankan di luar negara bagi mahasiswa yang menuntut di negara asing sepatutnya diketengahkan kepada Majlis Dekan Undang-Undang di setiap UA.

"Badan ini ditubuh untuk membincangkan isu berkaitan undang-undang termasuk persoalan mengenai pengiktirafan, justeru mereka boleh mengelolakan cadangan berkenaan," katanya. - BH
Ijazah Undang-undang USIM Tidak Diiktiraf Ijazah Undang-undang USIM Tidak Diiktiraf Reviewed by Azmin on March 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.