KUALA LUMPUR: Dua daripada tiga mangsa tebusan kumpulan Abu Sayyaf yang diselamatkan Ahad lalu, berhasrat menyertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Fandy Bakran, 27 dan Mohd Jumadil Rahim, 24, menyatakan hasrat itu ketika dibawa Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bertemu Datuk Seri Najib Razak di kediaman Perdana Menteri sini, pagi tadi.
Najib berkata, perkara itu sudah disampaikannya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, untuk tindakan lanjut.
"Mereka meminta kepada saya untuk menyertai APMM dan ditugaskan dalam Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).
"Saya sudah menghubungi Shahidan untuk memberikan mereka tempat sebagai anggota APMM dan akan menjalani latihan tidak lama lagi.
"Ini (pembebasan) menaikkan semangat mereka. Mereka tahu keadaan pulau di sana dan mereka ingin menyumbang kepada kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan di ESSZONE," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meluangkan masa hampir sejam bertemu Fandy dan Mohd Jumadil serta seorang lagi mangsa, Mohd Ridzuan Ismail, 33, bersama keluarga mereka.
Yang turut hadir, Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.-BH
`Kami nak masuk APMM'
Reviewed by Unknown
on
March 30, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 30, 2017
Rating:

No comments: