SEOUL: Korea Utara dilapor membangunkan alatan canggih untuk mengintip secara digital warganya yang semakin berhubungan menggunakan peranti mudah alih.
Laporan 'Compromising Connectivity' yang dibiayai kerajaan Amerika Syarikat (AS) itu menyatakan Korea Utara membenarkan penggunaan telefon bimbit dan capaian internet kerana memperoleh maklumat terperinci rangkaian itu.
"Dengan memberi rakyatnya teknologi rangkaian baharu seperti telefon bimbit dan tablet, kerajaan berupaya secara automatik menapis kandungan tidak dibenarkan dan memantau dari jauh apa yang dilakukan warganya.
"Pihak berkuasa menemui cara bijak menukar teknologi baharu digunakan rakyat Korea Utara untuk kepentingan mereka," kata Nat Kretchun, penulis utama laporan itu kepada Reuters.
Kretchun bertugas sebagai penyelidik di InterMedia, organisasi berpusat di Washington yang mengeluarkan laporan itu. - Reuters
Korea Utara Guna Alat Canggih Intip Rakyat
Reviewed by Unknown
on
March 02, 2017
Rating:
No comments: