BAU: Amat malang jika ada sebahagian daripada ahli politik yang mengkritik usaha kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Anthony Nogeh Gumbek.
Sedangkan banyak negara lain turut mempunyai sistem yang sama untuk membantu rakyat kurang bernasib baik seperti negara di Eropah.
“Pembangkang yang mengkritik BR1M, hanya untuk dijadikan sebagai modal politik mereka,” ujarnya.
Beliau menyifatkan perbuatan tersebut hanya untuk kepentingan pembangkang, bukannya rakyat.
“Kumpulan pengkritik ini hanya pandai membantah tanpa memikirkan manfaat BR1M kepada kumpulan berpendapatan rendah.
“BR1M ini diberikan kepada rakyat kerana kerajaan prihatin dengan kebajikan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) berharap penerima menggunakan bantuan tersebut dengan sebaiknya untuk keperluan keluarga masing-masing. – Sarawakiana
Malang Jika Ada Ahli Politik Kritik BR1M
Reviewed by uMieySurianie
on
March 27, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
March 27, 2017
Rating:

No comments: