KUCHING: Kontraktor yang bertanggungjawab membina Hospital Petra Jaya memohon dilanjutkan tempoh penyiapan sehingga 9 Jun 2017 atas faktor kekurangan pekerja.
Hospital tersebut sepatutnya siap November 2016.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Dr Jamilah Hashim berkata, keadaan itu menyebabkan hospital terbabit gagal disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.
"Ia (pembinaan) dianggap sebagai projek sakit kerana dijadualkan siap November lalu melibatkan 95 peratus siap.
"Namun sekarang perkembangan projek masih ditahap 45 peratus berikutan lewat lebih dua bulan," katanya.
Memetik laporan Utusan Borneo, Dr Jamilah menjelaskan, kontraktor memaklumkan mereka tidak mempunyai pekerja mencukupi dan kini sedang berusaha mendapatkan khidmat buruh dari China.
Menurutnya, sebelum ini proses pembinaan melibatkan kira-kira 300 pekerja dan jumlah itu tidak cukup untuk menyiapkan projek sedia ada.
"Sekarang ini, pihak kontraktor masih menunggu ketibaan seramai 430 pekerja dari China dan berharap pembinaan itu dapat dipercepatkan," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan, kontraktor yang dilantik turut menyedari pihaknya mungkin tidak sempat untuk menyiapkan projek dalam tempoh lanjutan (Jun 2017) tersebut.
"Mereka ada memohon lanjutan untuk kali kedua agar tarikh baharu ditetapkan sehingga Disember 2017 namun permohonan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan kerja Raya (JKR) Malaysia," jelasnya.-Sarawakiana
Masalah Kontraktor, Hospital Petra Jaya Jadi Projek Sakit
Reviewed by Unknown
on
March 30, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 30, 2017
Rating:

No comments: