Seo Services

Maut Kerana Mahu Popular


SINGAPURA: Gara-gara mahu popular di laman sosial, seorang remaja maut akibat terjatuh selepas cuba merakam aksi bahaya di sebuah pasar raya, di sini baru-baru ini.

Johnathan Chow, 17, melompat dari penghadang di tingkat empat sebuah pasar raya dengan harapan mendarat di satu belebas di bawahnya.

Bagaimanapun, belebas itu sebenarnya diperbuat daripada plaster menyebabkan Chow menembusi papan berkenaan dan terus jatuh ke lantai.

Satu rakaman kamera keselamatan di pasar raya itu menunjukkan Chow dan seorang rakan perempuannya berbual di tepi penghadang.

Secara tiba-tiba, Chow dilihat melompat melepasi penghalang itu sambil aksinya dirakam rakannya menggunakan telefon bimbit.

Rakan Chow yang mahu dikenali sebagai Ruth berkata, remaja itu mahu merakam aksinya melompat ke belebas itu dan memuat naik video berkenaan di laman sosial Snapchat.

“Chow mendapat idea untuk merakamkan aksi bahaya itu ketika kami membeli pakaian di pasar raya ini,” katanya.

Menurutnya, Chow tiba-tiba berkata, “Tolong saya merakam video Snapchat dan saya akan melompat.”

“Kami menyangka belebas itu diperbuat daripada konkrit tetapi apabila Chow terjun dia terus menembusinya.

“Saya tahu ia bahaya tetapi belum sempat saya menghalangnya, dia sudah pun terjun,” jelasnya.

Bapa mangsa memberitahu, Chow adalah anak sulung daripada dua beradik lelaki dan sedang menunggu panggilan untuk ke program khidmat negara.-Agensi
Maut Kerana Mahu Popular Maut Kerana Mahu Popular Reviewed by Unknown on March 03, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.