Sekiranya syarikat binaan luar negara terutama China mendapat kontrak pembinaan di Malaysia dilabelkan ‘Malaysia dijual kepada China,’ bagaimana pula dengan projek yang diperolehi oleh syarikat dari Malaysia di luar negara?
Terkini, OSK Property memperoleh kebenaran untuk memulakan projek pembinaan menara pencakar langit terbesar di Melbourne, Australia.
Projek pembinaan enam menara dengan ketinggian 30 hingga 65 tingkat itu berketinggian hingga 226 meter dan bernilai RM9.59 bilion.
Ia merupakan projek cadangan pembangunan tunggal yang pernah dikemukakan kepada pihak berkuasa perancang negeri di Melbourne.
Selain itu, ia menyediakan ruang pejabat dengan keluasan keseluruhan 60,000 meter persegi manakala bagi menara hotel dan apartment pula akan menyediakan 687 buah bilik dan 2,610 buah apartment serta pusat jagaan kanak-kanak dan kedai.
Ia merupakan projek cadangan pembangunan tunggal yang pernah dikemukakan kepada pihak berkuasa perancang negeri di Melbourne.
Selain itu, ia menyediakan ruang pejabat dengan keluasan keseluruhan 60,000 meter persegi manakala bagi menara hotel dan apartment pula akan menyediakan 687 buah bilik dan 2,610 buah apartment serta pusat jagaan kanak-kanak dan kedai.
Reka bentuk projek dikenali sebagai Melbourne Square yang mendapat sentuhan Cox Architecture itu memperuntukkan 20 peratus daripada keseluruhan kawasannya sebagai tempat awam seperti taman riadah, pusat beli-belah, kemudahan penjagaan kanak-kanak serta kedai.
Pada tahun 2014, sebuah lagi syarikat kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan dari Malaysia, CMC Engineering Sdn Bhd terlibat dalam projek fasa pertama Metro Makka yang bernilai RM7 bilion di Mekah, Arab Saudi.
Antara projek bakal dilaksanakan oleh syarikat dari Malaysia adalah projek jana kuasa elektrik bernilai AS$2.0 bilion (RM8.88 bilion) di Bangladesh yang dijangka dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan projek membina 10,000 unit rumah kos rendah di Sri Lanka bernilai RM300 juta.
Kerajaan Malaysia juga telah disenarai pendek untuk mengusahakan projek menggantikan paip petroleum di Sri Lanka bernilai AS$40 juta (RM177.6 juta) baru-baru ini.
Malaysia turut bekerjasama dengan India dalam pembinaan terminal gas di negeri Andhra Pradesh. Projek membekalkan gas itu dijalankan oleh Petronas. - Sarawakiana
Nama Malaysia Gah Di Melbourne
Reviewed by Azmin
on
March 02, 2017
Rating:
Reviewed by Azmin
on
March 02, 2017
Rating:

No comments: