Seo Services

Nancy Harap Mangsa Tabah, Bantuan Disegerakan



SIMUNJAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berharap agar mangsa kebakaran rumah panjang dan beberapa rumah di Kampung Sekendu tabah dan bersabar dengan kejadian yang berlaku.

Beliau melahirkan rasan simpati dengan kejadian yang menjejaskan 91 orang daripada 15 keluarga itu,  dan menjelaskan bantuan segera telah digerakkan untuk membantu mangsa yang terlibat.

“Walaupun masih sibuk di Parlimen pada masa ini, bantuan segera telah digerakkan dan saya akan menziarahi mangsa serta menghulurkan bantuan sebaik sahaja tiba di Kuching, Sabtu ini.

“Kakitangan saya sudah berada di kawasan kejadian untuk memberikan bantuan kilat kepada mangsa kebakaran,” katanya.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang sdong turut mengucapkan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang tangkas bertindak dalam menyelamatkan mangsa kebakaran dan menjaga makan minum mangsa.

Terdahulu, kebakaran yang berlaku sekitar jam 11.30 malam kelmarin, dipercayai bermula dari blok rumah panjang sepanjang enam pintu itu lalu merebak ke lima kediaman lain terletak berhampiran. – Sarawakiana

Nancy Harap Mangsa Tabah, Bantuan Disegerakan Nancy Harap Mangsa Tabah, Bantuan Disegerakan Reviewed by uMieySurianie on March 31, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.