Kuala Lumpur: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merampas lapan spesies hidupan liar bernilai RM110,000 dalam lima serbuan berasingan pada 20 hingga 28 Februari lalu di Pahang dan Selangor.
Dalam serbuan berkenaan lima individu berusia 37 dan 42 tahun ditahan kerana memiliki dan menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen.
Ketua Pengarah PERHILITAN Abdul Kadir Abu Hashim berkata, serbuan berasingan itu berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan burung murai batu, ayam hutan dan burung tiong mas ke Indonesia.
Beliau berkata, turut dirampas ialah spesies memerang, buaya tembaga, burung helang dan musang.
"Semua hidupan liar yang dirampas itu bernilai tinggi di pasaran gelap menyebabkan individu berkenaan memiliki untuk simpanan peribadi dan jualan.
"Kami memberi amaran kepada individu yang memiliki hidupan liar yang dilindungi supaya tidak menyimpan haiwan berkenaan tanpa kebenaran bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil," katanya pada sidang media di pejabat PERHILITAN di sini, hari ini.-HM
Pasaran Gelap Haiwan Terlindung Tumpas
Reviewed by Unknown
on
March 03, 2017
Rating:
No comments: