MIRI - Pelajar tanpa warganegara di Sarawak kini berpeluang mendapat dokumen pengenalan diri melalui program turun padang pasukan petugas yang dilaksanakan di negeri ini bermula bulan depan.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Masyarakat Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah berkata, untuk julung kalinya, pasukan itu akan terus ke sekolah bagi menerima dan meluluskan permohonan dokumen pengenalan diri daripada pelajar tanpa warganegara.
"Sekolah pertama di bawah program turun padang ini ialah SK Batu Balai, Sebauh Bintulu yang melibatkan 45 murid minggu depan," katanya kepada Bernama dan RTM di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri sesi dialog dengan ibu bapa dan guru Sekolah Menengah St Joseph di sini.
Untuk rekod, individu "tanpa warganegara" di negeri ini merujuk kepada mereka yang tidak memiliki sijil kelahiran yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Penubuhan pasukan petugas itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 15 September 2015 dan diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu manakala tarikh akhir yang ditetapkan untuk menyelesaikan masalah berkenaan ialah 31 Disember tahun ini. - Bernama
Pelajar Tanpa Warganegara Di Sarawak Masih Ada Sinar
Reviewed by uMieySurianie
on
March 04, 2017
Rating:
No comments: