KUCHING: Pihak pembangkang sepatutnya terlebih dahulu menyelidik sesuatu isu yang dibangkitkan sebelum melemparkan tuduhan liar dan fitnah terhadap kerajaan.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk Fatimah Abdullah berkata setiap kali ada keraguan terhadap apa-apa isu, sepatutnya ia dijadikan satu titik temu untuk mendekati agensi kerajaan yang terbabit, bukan dengan menjadikannya kesempatan melemparkan tuduhan liar dan fitnah.
Fatimah berkata demikian pada sidang media di sini untuk menjelaskan laporan sebuah portal atas talian bertajuk 'Mengapa Jabatan Agama Islam Sarawak menapis guru bukan Islam?'
Beliau yang membaca berita bertarikah 2 Mac itu berkata, laporan tersebut mengandungi “tuduhan yang tidak masuk akal”, jahat dan cubaan merujuk kepada sesuatu kaum.
Menurutnya, e-pengambilan adalah untuk perkhidmatan awam negeri manakala individu yang ingin menjadi guru perlu memohon pekerjaan melalui Jobs Malaysia atau Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (SPP) di bawah perkhidmatan awam persekutuan.
Fatimah berkata, pengambilan guru tidak jatuh di bawah senarai negeri dan oleh itu pemohon tidak perlu memohon melalui e-pengambilan.
Beliau yang merujuk kepada kes yang dibangkitkan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata individu tersebut telah memohon pekerjaan yang diiklankan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), dan permohonan tersebut mesti disemak oleh Jais.
"JAIS yang mengiklankan kekosongan jawatan itu dan sudah tentu agensi terbabit melakukan tapisan. Apa Jais iklankan adalah satu pekerjaan yang khusus di mana pemohon akan dipaparkan di JAIS dan bukannya untuk menjadi guru.
"Permohonan itu ditolak kerana pemohon tidak sesuai untuk jawatan itu. Ia adalah ketidaksesuaian dan tiada kaitan dengan bangsa, " katanya.
Beliau berkata ia adalah "sangat telus" dan tiada "apa yang hendak disembunyikan di sini", tetapi kesal kerana ada pihak yang salah faham dan mengambil kesempatan daripadanya yang merupakan satu tindakan boleh mewujudkan ketegangan kaum.
Beliau turut memberi jaminan kepada media, JAIS telah melakukan pemeriksaan latar belakang permohonan itu dan mengesahkan bahawa pemohon tidak memenuhi keperluan jabatan.
"Kami hairan dengan dakwaan yang dibuat oleh Chong kerana semuanya dinyatakan dengan jelas di laman web Jabatan," katanya – Sarawakiana
Pembangkang Diminta Selidik Sebelum Lempar Fitnah - Fatimah
Reviewed by Admin
on
March 03, 2017
Rating:
No comments: