Seo Services

Peminat Maut Jatuh Bumbung Stadium

Image result for Sao Paulo Football stadium
SAO PAULO: Seorang peminat bola sepak Brazil maut selepas terjatuh 25 meter dari bumbung Stadium Morumbi ke kawasan tempat letak kenderaan, di Sao Paulo. 

Ketinggian itu dianggarkan hampir setinggi bangunan lapan tingkat. Bruno Pereira da Silva, 23, cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di sebuah hospital tempatan, semalam. 

Mangsa dan beberapa peminat lain dikatakan cuba untuk terjun ke dalam kawasan stadium untuk mendapatkan pandangan lebih jelas aksi Kejuaraan Sao Paulo antara kelab Sao Paulo dan Corinthians yang berkesudahan dengan keputusan 1-1. 

Beberapa rakan mangsa memaklumkan kepada media Brazil, da Silva maut ketika kali pertama cuba menonton perlawanan bola sepak. - AP
Peminat Maut Jatuh Bumbung Stadium Peminat Maut Jatuh Bumbung Stadium Reviewed by Azmin on March 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.