![]() |
| Gambar Hiasan |
SARIKEI: Seorang penganggur ditemukan lemas oleh orang awam tiga jam selepas dia terjun ke Sungai Rajang di jeti Kampung Seberang di sini kira-kira 10.20 malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei, DSP Dominic Josip berkata lelaki itu dikenali sebagai Awang Ahmad Hasim Awang Sapudin berusia 37 tahun.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa berada di jeti itu bersama-sama seorang remaja lelaki sebelum dia terjun ke sungai dan berenang ke
tebing hilir sungai namun tenggelam dan tidak kelihatan lagi.
"Remaja itu terus bergegas memaklumkan kejadian kepada abang lelaki itu. Mayatnya ditemukan tidak lama kemudian," kata Dominic dalam kenyataan hari ini
Mayat dibawa ke Hospital Sarikei dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-Bernama
Penganggur Terjun Sungai Ditemui Lemas
Reviewed by Unknown
on
March 02, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 02, 2017
Rating:

No comments: