Seo Services

Remaja 13 Tahun Hamil Dirogol Penggangur

Gambar Hiasan
SIBU: Seorang remaja keciciran sekolah bakal berdepan Seksyen 376 Kanun Keseksaan di mahkamah selepas ditahan polis kerana disyaki atas tuduhan rogol terhadap seorang remaja peremuan berusia 13 tahun yang kini berbadan dua.

Rahsia kehamilan remaja itu terbongkar selepas bapanya seorang buruh binaan membawa anaknya untuk pemeriksaan perubatan di Poliklinik Jalan Oya di sini Isnin lalu.

Doktor merawatnya mengesahkan mangsa mengandung 31 minggu dan bapa mangsa 57 tahun membuat laporan polis petang kelmarin.

Bertindak atas maklumat pasukan polis jabatan siasatan jenayah Sibu telah melancarkan satu serbuan di Pasai Siong yang menjurus kepada penangkapan suspek malam Selasa lalu.

Suspek, 16, merupakan seorang penganggur dan tidak bersekolah lagi dan mengaku telah meniduri mangsa atas alasan suka sama suka.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahri memberitahu kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol.-UB
Remaja 13 Tahun Hamil Dirogol Penggangur Remaja 13 Tahun Hamil Dirogol Penggangur Reviewed by Unknown on March 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.