HONG KONG: Lukisan potret pemimpin China, Mao Zedong hasil karya pelukis, Andy Warhol berjaya dijual pada harga AS$12.7 juta (RM56 juta) pada sesi lelongan di sini, semalam.
Menurut ejen lelongan Sotheby's, jumlah itu adalah lebih rendah berbanding jangkaan mereka, iaitu lebih daripada AS$15 juta (RM66.3 juta).
Bagaimanapun, sesi lelongan lukisan yang dihasilkan pada 1973 oleh pelukis legenda Amerika Syarikat itu, berjaya menarik perhatian ramai. Namun, identiti pembeli lukisan itu tidak didedahkan.
Sementara itu, Sotheby's menganggap sesi lelongan hasil seni kontemporari dari barat adalah sesuatu yang penting bagi Hong Kong yang diserahkan kembali Britain kepada China pada 1997.
Dalam pada itu, lukisan Mao oleh Warhol itu berjaya mencetuskan kontroversi dalam kalangan pembeli dari tanah besar China yang mulai mempengaruhi pasaran hasil seni di wilayah itu. - AFP
Potret Mao Zedong Dilelong Pada RM56j
Reviewed by Azmin
on
April 03, 2017
Rating:
No comments: