KOTA BHARU: Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman, 46, atau Vida mengakui beliau dalam proses untuk bercerai dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin.
Beliau bagaimamapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan meminta supaya peminat memberikan sedikit ruang kepadanya buat sementara waktu.
"Buat masa ini lebih baik saya berdiam diri kerana bimbang akan mengeruhkan keadaan.
"Insya-Allah jika ada perkembangan lanjut saya akan kongsikan kepada anda semua," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sebelum ini, tersebar khabar angin mengatakan mahligai cinta pengasas produk Vida Beauty itu mula bergoncang sejak dua minggu lalu.
Vida bernikah dengan Fairuz pada Januari 2014, yang juga perkahwinan ketiganya. - UTUSAN ONLINE
Vida Akui Dalam Proses Bercerai
Reviewed by Unknown
on
April 03, 2017
Rating:
No comments: