Seo Services

Senjata Kimia: AS Akan 'Ajar' Syria

WEST PALM BEACH: Setiausaha Negara, Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson, berkata Washington akan mengambil 'tindakan sewajarnya' terhadap pihak yang disyaki melakukan serangan senjata kimia di Syria. 

Pada masa sama, Tillerson menggesa supaya Presiden Syria, Bashar al-Assad disingkirkan. 

"Kami sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan sesuai terhadap pelanggaran semua resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pelanggaran norma antarabangsa, " katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach di sini, semalam, selepas menyambut ketibaan Presiden China, Xi Jinping. 

Jinping tiba di Florida bagi menghadiri Sidang Kemuncak bersama Presiden AS, Donald Trump. Bagaimanapun, Tillerson tidak menyatakan bentuk tindakan yang bakal diambil negara itu. 

"Peranan Bashar pada masa depan adalah tidak menentu dan dengan tindakan yang diambilnya, seolah-olah menunjukkan beliau tidak mempunyai peranan untuk mentadbir rakyat Syria," katanya. AFP
Senjata Kimia: AS Akan 'Ajar' Syria Senjata Kimia: AS Akan 'Ajar' Syria Reviewed by Azmin on April 07, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.