ERBIL: Dua juruterbang tentera Iraq terbunuh apabila helikopter mereka ditembak jatuh oleh kumpulan militan Daesh di bandar Mosul, hari ini.
Menurut kenyataan tentera, helikopter terbabit memberi sokongan udara kepada pasukan Polis Persekutuan yang bertempur dengan pejuang Daesh di sebelah barat bandar Mosul.
Ia adalah kali pertama pesawat ditembak jatuh di Mosul sejak bermula serangan tentera disokong Amerika Syarikat (AS) di utara bandar Iraq itu sejak Oktober lalu. Mosul ialah kubu kuat terakhir Daesh di Iraq yang ditawan sejak tiga tahun lalu.
Agensi berita milik Daesh, Amaq berkata helikopter itu terhempas di al-Ghabat, di timur Sungai Tigris yang merentasi bandar Mosul.
Kenyataan tentera Iraq turut menyebut helikopter itu terhempas di sebelah timur, kawasan yang ditawan semula daripada pihak militan pada Januari lalu. - REUTERS
Daesh Tembak Helikopter, 2 Juruterbang Iraq Maut
Reviewed by Azmin
on
April 07, 2017
Rating:
No comments: