Seo Services

#DUNSarawak : Jawatan Penghulu Bagi Masyarakat Iban


Safiee Ahmad (BN-Daro) memohon kerajaan negeri mewujudkan satu jawatan penhulu bagi masyarakat Iban di daerah Daro.

“Setakat ini daerah Daro tidak mempunyai penghulu bagi masyarakat Iban meskipun terdapat hampir 20 buah rumah panjang di daerah Daro,” katanya

Menurutnya, keperluan jawatan penghulu bagi masyarakat Iban ini adalah kritikal, lebih-lebih lagi dalam mengendalikan kes yang melibatkan adat istiadat Iban.

“Permohonan ini telah lama dikemukan semenjak saya menjadi Pegawai Daerah dahulu lagi tetapi sehingga kini masih belum mendapat jawapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.- Sarawakiana
#DUNSarawak : Jawatan Penghulu Bagi Masyarakat Iban #DUNSarawak : Jawatan Penghulu Bagi Masyarakat Iban Reviewed by Unknown on May 15, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.