KUCHING: Menteri Muda Pembangunan Urbanisasi dan Sumber Alam, Datu Len Talif Salleh berkata cadangan pelaksanaan pembesaran Kampung Melayu Debak bagi kawasan Saribas tidak diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke- 11 (RMK11).
“Namun, kementerian akan mengemukakan semula projek tersebut semasa Kajian Separuh Penggal RMK11 (Mid-Term Review),” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohammad Razi Sitam (BN-Saribas) mengenai tarikh projek tersebut dilaksanakan di kawaan itu memandangkan masalah kepadatan yang tinggi. – Sarawakiana
#DUNSarawak: Pembesaran Kampung Melayu Debak Dalam Kajian Separuh Penggal RMK11
Reviewed by uMieySurianie
on
May 15, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
May 15, 2017
Rating:

No comments: