KUCHING: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan meluluskan RM5 juta untuk menaiktaraf sistem perparitan di Kampung Pinang Jawa.
Fazzrudin Abdul Rahman (BN-Tupong) yang melahirkan rasa bersyukur dengan peruntukan tersebut berkata, ia akan memberi manfaat kepada hampir 10,000 penduduk.
"Peruntukan ini penting untuk penduduk Kampung Pinang Jawa untuk mengurangkan kesan banjir.
"Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan meluluskan RM5 juta untuk projek perparitan ini," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.
Menurutnya, peruntukan tersebut dipohon pada Persidangan DUN lepas.
Berdasarkan maklumat kementerian jelasnya, tender untuk projek tersebut akan dikeluarkan Julai tahun ini.-Sarawakiana
#DUNSarawak: RM5 Juta Dilulus Naiktaraf Sistem Perparitan Kampung Pinang Jawa
Reviewed by Unknown
on
May 15, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
May 15, 2017
Rating:

No comments: