Seo Services

Harga minyak naik 2 peratus




NEW YORK: Harga minyak menokok dua peratus ke paras tertinggi lebih tiga minggu hari ini, mencecah AS$52 satu tong selepas Arab Saudi dan Russia berkata pengurangan bekalan harus dilanjutkan sehingga 2018.

Penanda aras Brent menokok 98 cent, atau 1.9 peratus, pada AS$51.82 satu tong, selepas mencecah paras AS$52.63, tertinggi sejak 21 April. Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) pula ditutup AS$1.01 lebih tinggi pada AS$48.85 satu tong, mewakili peningkatan 2.1 peratus.

Menteri tenaga dua negara pengeluar utama minyak itu berkata pengurangan bekalan harus dipanjangkan untuk tempoh sembilan bulan lagi, sehingga Mac 2018.

Ia lebih panjang daripada opsyen lanjutan enam bulan yang digariskan dalam perjanjian pengurangan minyak sebelum ini, sekali gus menunjukkan pertarungan mengurangkan bekalan adalah lebih sukar daripada jangkaan.

Ini sebahagian besarnya disebabkan AS yang terus meningkatkan pengeluaran minyaknya. - Reuters


Harga minyak naik 2 peratus Harga minyak naik 2 peratus   Reviewed by Unknown on May 16, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.