Seo Services

Pengeluar Tuntut Harga Gula Naik 40 Sen


BAGI mengaut keuntungan berlipat ganda, pengeluar gula MSM Malaysia Holdings bercadang untuk menaikkan harga gula sebanyak 40 sen sekilogram.

Lapor Projek MMO, permintaan untuk menaikkan harga barang kawalan itu adalah bagi menjamin keuntungan syarikat tahun ini, namun ia masih belum mendapat kata putus daripada kerajaan.

Presiden kumpulan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) dan ketua pegawai eksekutif Datuk Zakaria Arsha berkata, harga gula mentah yang tidak stabil dan ditambah dengan kejatuhan ringgit menyebabkan syarikat berdepan cabaran.

“Disebabkan harga gula mentah tidak stabil, kerajaan perlu menaikkan harga jualan sebanyak 40 sen per kilogram,” katanya.

1 Mac lalu, harga gula pasir putih bertapis dinaikkan 11 sen sekilogram, daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.

Kali terakhir harga gula diselaras adalah pada Oktober 2013. -MYNEWSHUB.CC
Pengeluar Tuntut Harga Gula Naik 40 Sen Pengeluar Tuntut Harga Gula Naik 40 Sen Reviewed by Azmin on May 15, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.