Seo Services

2 Ditahan Cuba Bawa Keluar Motosikal Ke Negara Jiran


SERIKIN: Pasukan tentera Rejimen Ke-4 Kor Amor Diraja (4 KAD) berjaya menahan dua individu rakyat tempatan bersama dua buah motosikal yang cuba dibawa keluar ke negara jiran semalam.

Jurucakap Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, dua lelaki masing-masing berusia 23 dan 30 tahun itu cuba melalui pos sekatan jalanraya (SJR) di kem Serikin yang menuju ke sempadan Indonesia.

Menurutnya, ketika ditahan dalam SJR berkenaan kedua-dua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen.

Hasil maklumat awal yang diterima, kedua-dua lelaki tersebut telah dibayar sejumlah wang bernilai RM 2, 500.00 untuk membawa keluar motosikal jenis Yamaha FZ 150 dan Yamaha LC 135.

Sehingga berita ini ditulis kedua-dua individu berkenaan telah dibawa ke Balai Polis Daerah Bau untuk tindakan selanjutnya.

Nilai rampasan kedua-dua buah motosikal tersebut dianggarkan berjumlah RM12, 000.-Sarawakiana
2 Ditahan Cuba Bawa Keluar Motosikal Ke Negara Jiran 2 Ditahan Cuba Bawa Keluar Motosikal Ke Negara Jiran Reviewed by Unknown on July 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.