Seo Services

5 Maut Bot Karam Dibadai Ribut Di Selatan Thailand


BANGKOK: Lima maut selepas bot yang dinaiki terbalik dan karam akibat dibadai ribut berhampiran Pulau Koh Ngam di wilayah Chumphon, selatan Thailand, semalam.

Agensi berita China Xinhua yang memetik jurucakap polis berkata mayat empat mangsa wanita dan seorang lelaki ditemui di dalam bot yang karam awal pagi tadi.

Menurut polis, 11 lagi mangsa termasuk tiga kru bot yang disewa itu ditemui dalam keadaan terapung berhampiran kawasan kejadian.

Mereka diselamatkan pasukan polis marin pada malam Rabu.

Mangsa yang maut merupakan sebahagian daripada sekumpulan 13 penduduk tempatan yang menyertai kursus menyelam dan bengkel fotografi bawah laut.--BERNAMA
5 Maut Bot Karam Dibadai Ribut Di Selatan Thailand 5 Maut Bot Karam Dibadai Ribut Di Selatan Thailand Reviewed by Unknown on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.