Seo Services

Berkhidmat Tanpa Bayaran ' Bawah Meja' - Zahid Hamidi


Pegawai, anggota dan kakitangan jabatan serta agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) diwajibkan menandatangani ikrar bebas rasuah bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa ada bayaran 'bawah meja'.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu juga perlu bagi memastikan semua warga di bawah KDN benar-benar bebas rasuah sama ada dari dalam atau luar.

"Komitmen ini bukan hanya retorik atau sekadar ikrar tetapi kita berazam untuk melakukan tindakan (sewajarnya) untuk memastikan amalan ini benar-benar dihayati semua pihak.

"Saya memberi tumpuan terhadap soal membanteras amalan rasuah kerana masih ada yang meletakkan Malaysia pada persepsi yang belum begitu selesa dari segi indeks amalan rasuah di peringkat antarabangsa," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Menteri Datuk Masir Kujat dan Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Ahmad Zahid berkata, ketika ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sudah melaksanakannya manakala Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menandatanganinya ikrar berkenaan tidak lama lagi.

Pada masa sama, beliau berharap semua kementerian, jabatan dan agensi lain terutama yang berurusan secara langsung dengan rakyat dapat melakukan ikrar bebas rasuah.

Ditanya mengenai rancangan Pakatan Harapan untuk mengadakan perhimpunan pada Oktober ini, Ahmad Zahid berkata, kerajaan terbuka untuk membenarkannya, namun sebarang perhimpunan tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman.

"Mereka perlu mematuhi syarat termasuk notis dan lokasi, kerajaan terbuka untuk mengizinkan," katanya.-myMetro
Berkhidmat Tanpa Bayaran ' Bawah Meja' - Zahid Hamidi Berkhidmat Tanpa Bayaran ' Bawah Meja' - Zahid Hamidi Reviewed by Unknown on July 25, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.