Seo Services

Bina Jalan Baharu Ke Penempatan Penan


Ahli Dewan Undangan Negeri Murum Kennedy Chukpai Ugon mencadangkan kerajaan negeri membina jalan baharu untuk menghubungkan penempatan Lusong Laku yang menempatkan kira-kira 1000 orang komuniti Penan di Bakun.

"Idea membina jalan alternatif baru bagi penduduk Lusong Laku adalah untuk menyediakan sambungan jalan yang lebih baik untuk mereka. Pada masa ini, satu-satunya jalan menuju ke kampung mereka adalah jalan bekas pembalakan yang memerlukan penyelenggaran yang sangat tinggi," katanya, 

Memetik laporan The Borneo Post, Chukpai berkata, pembinaan jalan alternatif baharu adalah bertujuan untuk mengurangkan jarak mereka mengakses ke dunia luar dari 55km melalui trek pembalakan kepada 12km.

"Saya berharap kerajaan akan meluluskan dana itu, jika tidak jalan itu akan dibina di bawah inisiatif kewangan swasta (PFI), dimana ada syarat penangguhan jaminan pembayaran oleh kerajaan. Rakyat kita perlukan jalan, "jelas Chukpai.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa seorang perunding telah membuat kajian yang diperlukan untuk jalan alternatif dan sekiranya berjalan dengan lancar, projek pembinaan akan dilaksanakan pada tahun hadapan. - Sarawakiana

Bina Jalan Baharu Ke Penempatan Penan  Bina Jalan Baharu Ke Penempatan Penan Reviewed by Unknown on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.