PENGALAMAN dan kelulusan akademik yang cemerlang adalah kombinasi yang perlu ada dalam diri setiap orang yang berkerjaya. Namun, kebanyakan mereka yang belajar di peringkat yang lebih tinggi tidak mempunyai pengalaman kerja dan mereka yang mempunyai pengalaman kerja berkemungkinan tidak mempunyai kelulusan akademik.
Sebagai seorang pemilik Syarikat atau Bos Besar, mempunyai pekerja atau staf sama ada seorang Penolong Kanan atau tenaga buruh yang berpengalaman adalah aset syarikat yang sangat berharga.
Persoalannya, bagaimana dengan para graduan yang menghabiskan masa bertahun-tahun untuk belajar tetapi tidak mempunyai pengalaman kerja? Adakah kejayaan dalam pelajaran yang dicapai tidak menjamin peluang kerjaya mereka?
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Jobstreet.com pada Disember 2015, sebanyak 70 peratus majikan berpendapat bahawa standard graduan baharu adalah sederhana, 24 peratus adalah teruk dan hanya 6 peratus sahaja yang percaya standard graduan baharu adalah baik.
Kebanyakan majikan berpendapat prestasi graduan yang teruk bukan disebabkan kelayakan akademik mereka tetapi skil komunikasi dan sikap mereka semasa ditemuduga atau semasa kerja. Selain itu sikap sesetengah graduan baharu yang menuntut gaji tinggi, lemah dalam bahasa Inggeris dan tiada persediaan semasa temuduga, seperti tidak mendapatkan maklumat yang sepatutnya mereka tahu mengurangkan lagi peluang mereka.
Para majikan juga diminta untuk menyatakan kriteria yang mereka cari untuk melayakkan graduan baharu yang tidak mempunyai pengalaman kerja mendapat tempat di syarikat mereka.
Sebanyak 39 peratus menyatakan kriteria yang dicari adalah mereka yang pernah memegang jawatan pemimpin dalam universiti mereka, 25 peratus inginkan mereka yang cemerlang dalam akademik, 20 peratus akan memilih pelajar yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti luar dan 16 peratus lagi adalah graduan yang pernah menyertai aktiviti. kesukarelawanan.
Kejar pointer adalah relevan sebagai faktor penarik untuk para majikan melaburkan masa mereka. Tetapi ia bukanlah satu jaminan untuk mendapatkan kerja. Bagi bakal graduan di luar sana, jangan terlalu taksub dengan pointer sehingga mengabaikan keperluan lain seperti melatih diri menjadi pemimpin atau belajar skil komunikasi.
#laskarmalaya
CGPA: Apakah Masih Relevan Kejar Pointer?
Reviewed by Unknown
on
July 25, 2017
Rating:
No comments: