Seo Services

#FIC: Beli hotel di Kuching harga luar biasa


KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas Felda Investment Corporation (FIC) kini bertumpu kepada pembelian sebuah hotel empat bintang di Kuching dipercayai tinggi daripada harga pasaran.

Berdasarkan siasatan awal pasukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mendapati pembelian itu menyebabkan anak syarikat FELDA itu kerugian ratusan juta ringgit.

Siasatan itu adalah yang kedua dilakukan agensi penguatkuasaan itu selepas pembelian sebuah hotel di Kingston, London di antara tahun 2013 dan 2015 turut disiasat, baru-baru ini.

Pasukan penyiasat difahamkan sedang menilai maklumat yang diterima dan dijangka pergi ke pejabat FIC di beberapa lokasi mendapatkan dokumen dan maklumat berkaitan pembelian hotel di Kuching dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan maklumat itu dan berkata pihaknya memulakan proses mengumpul maklumat berhubung pembelian hotel itu,

"Siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenalpasti sama ada wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian hotel empat bintang itu," katanya.

BH sebelum ini melaporkan, dalam pembelian hotel di London yang bernilai RM330 juta itu, ada lebihan sejumlah wang bernilai jutaan ringgit yang tidak dilaporkan selepas urus niaga itu dilakukan.

Susulan itu, beberapa individu termasuk Pengarah FIC dipanggil bagi membantu siasatan dan minggu lalu, dua pengurusan kanan syarikat berasingan ditahan SPRM bagi membantu siasatan selepas disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga bagi pembelian hotel berkenaan.-BHOnline
#FIC: Beli hotel di Kuching harga luar biasa #FIC: Beli hotel di Kuching harga luar biasa Reviewed by Unknown on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.