Seo Services

Hanya 15 Saat, Lelaki Pancut Belakang Badan Wanita Di KL


Seorang wanita trauma selepas seorang lelaki tidak dikenali dikatakan melakukan onani dan memancutkan air mani di belakang badannya di sebuah kedai buku di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Menurut The Reporter yang memetik laporan Sin Chew, ketika kejadian mangsa yang berusia 40 tahun sedang duduk di ruang bacaan kanak-kanak sementara menunggu suaminya menyelesaikan urusan di pusat membeli belah itu, kira-kira jam 2.45 petang pada 16 Julai lalu.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai buku itu, suspek yang memakai baju hitam kelihatan menghampiri mangsa sambil memegang sebuah buku.

Mangsa tidak menyedari kehadiran lelaki miang itu dan kesempatan tersebut digunakan oleh suspek untuk melepaskan nafsunya.

Suspek berdiri di belakang mangsa sambil menggosok-gosok kemaluan dan bagi menggelak perbuatannya tidak dilihat, lelaki itu menggunakan buku untuk menutup perbuatan tidak senonohnya.

The Reporter melaporkan lagi, lelaki itu hanya mengambil masa selama 15 saat dan sebaik sahaja memancutkan air mani pada baju mangsa, dia segera beredar dari tempat kejadian.

Mangsa kemudian merasakan basah pada bahagian belakang badannya dan apabila diperiksa, wanita itu terkejut apabila mendapati ada kesan semburan air mani.

Dalam keadaan panik dan ketakutan, mangsa segera menghubungi suaminya, yang merupakan seorang peguam berpangkat Dato’, lapor portal itu.

Selepas meneliti rakaman CCTV, suami mangsa meminta bantuan pengawal keselamatan untuk mengesan suspek, namun gagal menjejaki lelaki itu, dipercayai sudah meninggalkan pusat membeli belah berkenaan.

"Isteri saya ketakutan dan menangis, dia tidak menyangka ada individu seperti itu yang sanggup melakukan perbuatan keji itu di sudut bacaan kanak-kanak di dalam kedai buku.

"Saya ada anak perempuan dan saya tidak mahu insiden seperti ini berlaku kepada isteri saya dan orang lain," kata lelaki berusia 38 tahun itu yang mahu mendedahkan insiden tersebut sebagai memberi amaran kepada orang ramai.

Tidak dapat dipastikan sama ada laporan polis mengenai insiden itu telah dibuat atau sebaliknya.-Malaysian Digest
Hanya 15 Saat, Lelaki Pancut Belakang Badan Wanita Di KL Hanya 15 Saat, Lelaki Pancut Belakang Badan Wanita Di KL Reviewed by Unknown on July 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.