Seo Services

Jururawat Didakwa Sebabkan Kematian Bayi


Seorang jururawat S Nishanthy, 27, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas dakwaan memandu secara melulu sehingga meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia tiga bulan pada 28 Mei lalu.

Nishanthy bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Tertuduh didakwa memandu kereta Proton Persona bernombor pendaftaran AJE 4247 secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penumpang kereta Perodua Axia bernama Aril Rizqin Redza Sharil.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 433.8 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), pada jam 1 petang, 28 Mei lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 1999 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000, jika sabit kesalahan.

Hakim Zulhelmy Hasan yang menyebut bagi pihak majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan menetapkan 25 Ogos ini untuk sebutan semula.

Pada penghujung Mei lalu, video berdurasi 34 saat memaparkan kemalangan membabitkan dua kereta sehingga menyebabkan seorang bayi tercampak keluar, tular di laman sosial.-myMetro
Jururawat Didakwa Sebabkan Kematian Bayi Jururawat Didakwa Sebabkan Kematian Bayi Reviewed by Unknown on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.