SHAH ALAM - Seorang jurutera sebuah agensi pelaburan ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumahnya di Seksyen 7, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang, lelaki berusia 50-an itu ditemui mati di tingkat dua rumah teres dua tingkat bersama-sama selaras senapang patah miliknya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superitendan Nek Zaidi Zakaria berkata, mangsa ditemui di dalam bilik air di tingkat dua rumahnya oleh bapa mertua lelaki tersebut.
"Bapa mangsa yang baru sahaja sampai ke rumah selepas mengambil cucunya dari sekolah terdengar bunyi tembakan dari tingkat atas rumah tersebut.
"Dia kemudiannya meluru masuk ke rumah sebelum menjumpai mangsa yang terbaring berlumuran darah di dalam bilik air bersama-sama selaras senapang patah miliknya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Nek Zaidi memberitahu, ketika kejadian mangsa tinggal berseorangan di rumah sementara isterinya sedang bekerja.
Katanya, mangsa yang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah agensi pelaburan mempunyai empat orang anak.
"Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat. Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," ujarnya. - K! ONLINE
Jurutera ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala
Reviewed by Unknown
on
July 25, 2017
Rating:
No comments: