Sepasang kembar autistik berusia tiga tahun ditemui lemas di dalam kolam di belakang rumah mereka selepas tergelincir masuk ke dalam air, ketika ibu mereka sedang tidur.
Kejadian hanya disedari oleh ibunya, Sue Aurilia selepas bangun tidur pada waktu pagi dan mendapati anak kembarnya, Nicholas Aurilia terapung di rumah mereka di Long Island.
Dia kemudiannya cuba memberikan bantuan CPR dan menghubungi 911 bagi memaklumkan seorang lagi kembar itu, Anthony hilang.
Selepas polis tiba, barulah mereka menemui mayat Anthony di dasar kolam terbabit.
Mereka dikejarkan ke hospital namun telah meninggal dunia.
“Kembar itu adalah anak ajaib kerana ketika ibu mereka mengandungkan mereka, dia berdepan dengan beberapa masalah,’’ kata kawan keluarga berkenaan, Eboni Huggins.
Ketika kejadian, bapa mereka keluar bekerja.
Seorang lagi anak mereka yang berusia lima tahun tidak mengikut adik kembarnya itu dan selamat.
Kembar itu juga sukar dipisahkan antara satu sama lain. – MYNEWSHUB.CC
Kembar Maut Jatuh Kolam Ketika Ibu Tidur
Reviewed by Unknown
on
July 28, 2017
Rating:
No comments: