Seo Services

Kes Papa Gomo Masih Dalam Siasatan


KUCHING: Kes membabitkan blogger Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris masih dalam siasatan polis, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar.

Beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum melengkapkan siasatan dan diserahkan kepada Penolong Pendakwa Raya.

“Kita (polis) tidak tutup kes ini, Ia masih berjalan namun cuma sedikit lewat kerana membabitkan SKMM,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas menyaksikan upacara serah terima tugas antara Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah(KBSJD) Kuching, DSP Lim Bhak Pai dan penggantinya, DSP Mohd Fazri Yusof di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pagi tadi.

Laporan berkenaan dibuat ke atas laman Facebook milik Papa Gomo yang menggunakan nama 'Sir Azri' seolah-olah sengaja mengada-ada cerita, menghasut, memfitnah serta memutar belit fakta tanpa usul periksa dalam isu antara Menteri Perlancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.-Sarawakiana
Kes Papa Gomo Masih Dalam Siasatan Kes Papa Gomo Masih Dalam Siasatan Reviewed by Unknown on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.