LONDON: Seorang nelayan berjaya menangkap seekor udang karang berwarna biru yang dianggap sangat ganjil dan hanya ditemui satu dalam dua juta tangkapan.
Gary Ely menangkap udang karang berkenaan di perairan Pulau Mersea di Essex, Britain baru-baru ini.
Ely berkata, udang karang itu terlalu berharga untuk dijadikan hidangan dan dia meletakkannya di dalam sebuah akuarium sementara anaknya, Stacey mencari kediaman baru untuk haiwan itu.
Stacey menghubungi Pusat Hidupan Laut di Southend yang bersetuju untuk memelihara udang karang berkenaan.
Pakar marin memberitahu, satu daripada dua juta udang karang berwarna biru yang berpunca daripada mutasi genetik yang menyebabkan haiwan itu menghasilkan satu jenis protein secara berlebihan.
Stacey berkata, dia dan bapanya berusaha memastikan udang karang itu hidup selepas ditangkap kerana cuaca ketika ini sangat panas.
“Ayah meletakkan udang karang ini di dalam akuarium di sebuah restoran makanan laut milik rakannya.
“Sehari selepas itu saya membawa udang karang ini ke Pusat Hidupan Laut di mana ia dikuarantin selama 30 hari.
“Selepas dikuarantin udang karang ini dilepaskan di dalam akuarium besar bersama haiwan laut lain untuk dipamerkan kepada orang ramai,” katanya.- Harian Metro
Lobster Biru: Tangkapan Satu Dalam Dua juta
Reviewed by uMieySurianie
on
July 25, 2017
Rating:
No comments: