Adalah perkara biasa untuk meluangkan masa di kafe atau restoran, namun ia tidaklah sehingga mengganggu keselesaan pelanggan lain dengan menjadikan restoran tersebut seperti rumah anda.
Seorang wanita di China baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pelanggan lain apabila bertindak meletakkan kaki di atas meja di Starbucks.
Memetik laporan Shanghaiist, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu tiba di rangkaian syarikat minuman kopi terkenal bersama seekor anjing peliharaannya pada Rabu lalu.
Wanita terbabit yang mungkin keletihan memutuskan untuk berehat di kedai tersebut, bersandar di kerusi dan meletakkan kakinya di sebuah meja kosong.
Walau bagaimanapun, kehadirannya bersama anjing menyebabkan pelanggan lain mengadu mendakwa bahawa binatang itu telah menakutkan anaknya dan tindakan membawa haiwan ke restoran disifatkan sebagai tidak bertamadun.
Namun, wanita terbabit tidak mengendahkan aduan tersebut dan terus membiarkan anjingnya di situ sambil dia meletakkan kakinya di atas meja.
Sebuah rakaman video yang tersebar di laman sosial tempatan memaparkan berlaku kekecohan apabila seorang lelaki bersama anaknya menghampiri wanita itu, dipercayai cuba untuk memberitahu mengenai gangguan yang disebabkan oleh anjing.
Kelihatan seolah berlaku pertengkaran antara mereka, sementara seorang pekerja cuba meleraikan pergaduhan itu.
Wanita yang memakai baju berwarna oren itu duduk semula di tempatnya tanpa menghiraukan pelanggan berkenaan sebelum bangun dan bertindak agresif dengan meludah ke arah pelanggan itu
Difahamkan, kekecohan itu berjaya dileraikan selepas polis mengarahkan wanita terbabit meninggalkan Starbucks.-Malaysian Digest
Ludah Pelanggan Lain Tegur Bawa Anjing, Letak Kaki Atas Meja Di Starbucks
Reviewed by Unknown
on
July 31, 2017
Rating:
No comments: