Seo Services

Mengejutkan, Dugong Diikat Dalam Sangkar Di Pulau Kokoya


Penyelam yang meneroka lautan berhampiran pulau Kokoya di Indonesia terkejut apabila mendapati banyak hidupan dalam air dirantai di dalam satu sangkar kecil termasuk dugong.

Binatang berkenaan diletakkan dalam sangkar berasingan dan ia ditangkap oleh nelayan tempatan yang mahu menjadikan pulau tersebut sebagai tarikan pelancong.

Mana-mana pelancong yang mahu merakamkan gambar dengan dugong atau hidupan laut lain akan dikenakan bayaran.

Menurut salah seorang penyelam, Delon Lim, ikan berkenaan diikat di bahagian ekor dan luka akibat ikatan tali tersebut telah menyebabkan binatang itu luka.

“Ia amat menyedihkan,” katanya.

Menurut Lim, ketika mereka meninggalkan pulau terbabit, nelayan di situ bersetuju melepaskan binatang itu namun mereka tidak yakin dia akan berbuat demikian.

Justeru salah satu cara untuk mendapatkan perhatian ramai ialah dengan memaparkan gambar-gambar penderitaan binatang terbabit di dalam media sosial dengan harapan pihak berkuasa akan mengambil tindakan.-suaratv
Mengejutkan, Dugong Diikat Dalam Sangkar Di Pulau Kokoya Mengejutkan, Dugong Diikat Dalam Sangkar Di Pulau Kokoya Reviewed by Unknown on July 25, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.