Seo Services

Mira Filzah Jadi Model Fesyen Di New York!


Wow! Pelakon Mira Filzah bakal bergelar model di pentas antarabangsa sempena Minggu Fesyen New York, Amerika Syarikat pada 8 hingga 10 September depan.

Menurut Mira, dia akan mewakili fereka fesyen tempatan di sana dan juga akan berada di pentas peragaan demi memperagakan pakaian dari pereka tersebut.

“Alhamdulillah ada beberapa projek yang akan memerlukan saya ke luar negara dan paling saya teruja dapat mewakili sebuah jenama di pertunjukan fesyen di New York.

“Saya juga diberi peluang untuk memperagakan pakaian jenama yang tak dapat saya sebutkan ketika ini di pertunjukan fesyen itu,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Mira, dia akan berangkat ke New York pada penghujung bulan ini bagi membuat persiapan sebelum acara tersebut berlangsung.

Dalam pada itu, Mira juga berharap penyertaannya itu dapat membantunya menambah kenalan dan mencari peluang untuk mengembangkan kariernya di sana.

“Saya akan pergi awal untuk jalani penggambaran baju-baju yang akan diperagakan selain ambil peluang untuk berjalan-jalan memandangkan ini kali pertama saya ke negara itu.

“Diharap penyertaan saya ini juga dapat beri pendedahan selain cari kenalan-kenalan baru yang dapat bantu dalam mengembangkan karier seni sana di sana,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Mira Filzah Jadi Model Fesyen Di New York! Mira Filzah Jadi Model Fesyen Di New York! Reviewed by Unknown on July 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.