Seo Services

Nazri Aziz Sudah Sensitif Pandangan Rakyat - Abdul Karim


"Kita berterima kasih kepada kerajaan dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaa (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz) kerana sudah sensitif dengan pandangan rakyat serta dilihat merupakan satu berita gembira kepada rakyat Sarawak," kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata, tindakan kerajaan pusat mengecualikan warga Malaysia daripada dikenakan Cukai Pelancongan (TT) adalah wajar dan menggambarkan keprihatinan kepada pandangan rakyat.

Menurutnya, ia sememangnya apa yang diharapkan sejak permulaan cadangan pelaksanaan Cukai Pelancongan iaitu mendapatkan pandangan pemain industri serta mengkaji negara lain yang mempunyai cukai sama.

"Sementara itu jumlah RM10 yang dikenakan kepada pelancong asing yang menginap di mana-mana hotel bertaraf satu bintang hingga lima bintang adalah jumlah yang kecil," ujarnya.

Karim menjelaskan, jumlah itu agak kecil jika ditukar kepada mata wang asing mereka sebagai contoh RM10 kepada Dolar Amerika Syarikat hanya AS$2.

Bagaimanapun katanya, dari segi kadar kutipan, beliau berharap ia dapat dikumpul mengikut purata yang baik dan digunakan untuk tujuan mempromosikan pelancoongan.

Sementara itu, Karim berkata, ia adalah hak kerajaan pusat melalui agensi bertanggungjawab iaitu Jabatan Kastam untuk mengenakan cukai.

"Cadangan pelaksanaan cukai sentiasa berubah dan saya berharap kali ini ia keputusan muktamad kerana kita tidak mahu menambah beban rakyat yang telah dikenakan Cukai Baraang dan Perkhidmatan (GST)," jelasnya.-Sarawakiana
Nazri Aziz Sudah Sensitif Pandangan Rakyat - Abdul Karim Nazri Aziz Sudah Sensitif Pandangan Rakyat - Abdul Karim Reviewed by Unknown on July 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.