KUCHING: Kekayaan khazanah semula jadi dan produk pelancongan menarik di Demak Laut berpotensi untuk terus dimajukan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.
Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata, penduduk di kawasan tersebut perlu merebut peluang yang ada termasuk mempromosikan produk sedia ada sebagai tarikan pelancong.
"Program atau aktiviti yang dianjurkan di kawasan kita ini boleh dijadikan sebagai platform untuk mempromosikan produk kepada orang ramai.
"Kita pasti dapat terus menarik pelancong ke kawasan kita bukan sahaja pelancong tempatan tetapi dari luar negara juga," katanya.
Menurutnya lagi, penganjuran Pesta Bako 2017 yang merupakan acara tahunan dan dimasukkan dalam kalendar tahunan festival negeri dilihat sebagai pendekatan terbaik mempromosikan Demak Laut.
Dr Hazland menambah, pesta tersebut sentiasa mengalami penambahbaikan dari semasa ke semasa.-Sarawakiana
Penduduk Demak Laut Perlu Rebut Peluang Promosi Pelancongan
Reviewed by Unknown
on
July 25, 2017
Rating:
No comments: