Seo Services

Pihak Berkuasa Siasat Pelajar 'Syok' Layan Filem Lucah Dalam Bilik Darjah


Ketika segelintir individu mungkin menonton filem lucah secara rahsia menerusi telefon bimbit atau peranti elektronik, sekumpulan pelajar di Indonesia pula mengambil risiko yang sangat berani dengan menonton filem seksual itu menggunakan projektor yang dipasang di dalam bilik darjah.

Memetik portal Tempo.co, gambar sekumpulan pelajar terbabit yang lengkap memakai seragam pasukan pengakap sedang menonton filem porno dipercayai di dalam bilik darjah tular di media sosial tempatan, baru-baru ini.

Foto memaparkan beberapa pelajar lelaki sedang 'syok’ melayan adegan dalam filem tersebut di dalam sebuah bilik darjah yang kosong di muat naik seorang pengguna Facebook bernama Andi Awal pada 24 Julai lalu.

Tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian, namun rakyat tempatan membuat spekulasi bahawa gambar itu dirakam di sebuah sekolah menengah di Jakarta Timur.

Susulan itu, Lembaga Pendidikan Jakarta berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung penularan gambar tersebut dan kini sedang menjalankan siasatan lanjut.

"Saya telah berbincang dengan ketua jabatan berkenaan mengenai siasatan, (dan) kami akan mengesan di mana (gambar itu diambil)," kata Timbalan ketua Dewan Pendidikan Jakarta, Bowo Irianto, memetik Tempo.co.

Terdapat juga dakwaan daripada netizen bahawa kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah di Depok, yang membawa penyiasatan pihak polis kepada Sekolah Tinggi SMAN 11 di Jakarta Timur.

Bagaimanapun, pengetua sekolah berkenaan tampil menafikan tuduhan itu dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah mendakwa sekolahnya membenarkan kegiatan pornografi.

“Saya menolak (tuduhan) kerana kami sebagai guru telah bekerja keras untuk membimbing para pelajar kami ,(kami tidak sepatutnya) dituduh sebegitu,” kata Marihot Malau, seperti dilapor Detik.-Malaysian Digest
Pihak Berkuasa Siasat Pelajar 'Syok' Layan Filem Lucah Dalam Bilik Darjah Pihak Berkuasa Siasat Pelajar 'Syok' Layan Filem Lucah Dalam Bilik Darjah Reviewed by Unknown on July 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.