Seo Services

Ratu Bollywood, Kajol Bakal Gegarkan KL



PENANGAN Dilwale masih lagi terasa pada peminat filem Bollywood di seluruh negara. Tidak ketinggalan juga di Malaysia.

Hari ini, ‘Ratu Bollywood’, Kajol Mukherjee, 43, bakal menemui peminatnya di Jakel Mall, Jalan Masjid India pada jam enam petang hari ini bagi mempromosikan filem terbaru lakonannya, Velaiilla Pattadhari 2 atau VIP2 yang bakal ditayangkan Ogos ini.

Heroin filem pecah panggung itu akan turut diiringi oleh pengarah dan hero filem tersebut iaitu Dhanush dan Sondarya, anak kepada pelakon popular, Rajinikanth.

Kali pertama Kajol datang ke Malaysia ialah bersempena dengan pelancaran saluran baru di Astro iaitu Astro Box Office (ABO) dan BollyOne HD (saluran 251) pada tahun 2014 yang lalu. Dengan adanya saluran baru itu telah membuatkan ramai peminat drama dan filem Bollywood teruja. Bukan hanya peminat sahaja yang teruja, tetapi selebriti tanah air juga turut merasai keterujaan itu!

Bagi Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer mengatakan bahawa beliau telah mendapat hak mengedar filem itu di Malaysia dan antara faktor utamanya juga kerana beliau meminati Kajol yang turut bersama dalam filem tersebut.

“VIP2 merupakan sekuel daripada filem pertama yang disiarkan pada 2014. Filem tersebut mendapat sambutan hangat dan saya yakin VIP2 akan diterima di sini.

“Saya tahu orang Malaysia suka Kajol dan pasti nak menonton lakonannya lagi selepas Dilwale. Lagipun filem ini diarah oleh anak Rajinikanth yang merupakan kenalan saya,” katanya

Jadi, jangan lupa serbu ke pentas utama di hadapan Jakel Mall, Jalan Masjid India. Mungkin impak filem VIP2 ini setanding dengan Dilwale dan Kuch Kuch Hota Hai lakonan Kajol dan Shah Rukh Khan- MYNEWSHUB.CC /Ainaa Hafizah
Ratu Bollywood, Kajol Bakal Gegarkan KL Ratu Bollywood, Kajol Bakal Gegarkan KL Reviewed by uMieySurianie on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.