Seo Services

Sate Kajang 'Menggila' Selepas MRT Siap, Jualan Meningkat 7 Kali Ganda



Kajang. Lokasi sejak sekian lama terkenal dengan satenya dan sudah pasti pelancaran Aliran Transit Massa (MRT) baru-baru ini telah menjadikan jualan peniaga di bandar berkenaan semakin 'menggila'.

Malah, pada hari pertama pelancaran MRT, Isnin lepas, restoran sate popular, Restoran Sate Haji Samuri diserbu ratusan pengunjung ekoran lokasinya terletak pada jarak 100 meter daripada stesen MRT Kajang.

Penolong Pengurus Operasi syarikat, Yusnizam Mohd Naguib berkata, pihaknya tidak dapat tidak dapat menampung jumlah permintaan yang terlalu banyak akibat pertambahan pengunjung ke salah satu cawangannya di Bangunan Dato' Nazir, Kajang.

"Kini kita mempunyai kira-kira 70 orang pekerja yang bertugas menerusi dua syif. Kami bercadang untuk menambah lagi pekerja bagi menampung jumlah pengunjung yang semakin meningkat selepas pelancaran MRT baru-baru ini.

"Kerana lokasi restoran yang dekat stesen MRT, Restoran Sate Haji Samuri menjadi tumpuan utama. Turun sahaja MRT dah nampak sate," katanya kepada Malaysian Digest.

Ujarnya, temubual bersama pengunjung yang beratur panjang menanti gililiran untuk membuat pesanan mendapati ada dalam kalangan pengunjung yang sanggup datang dari Sungai Buloh.

"Mereka ini nak mencuba MRT, ada yang pergi ke Kuala Lumpur dan berjalan-jalan naik MRT hingga ke Kajang sebagai salah satu destinasi mereka.

"Ada dari kalangan pengunjung yang datang dari Sungai Buloh dan sebagainya," kata Yusnizam sambil menambah jumlah pelanggan terlalu tinggi sehinggakan tempat duduk sentiasa penuh.

Restoran Sate Haji Samuri bukan satu-satunya restoran sate yang mendapat impak pertambahan pengunjung ke bandar berkenaan, Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Haniff Omar menerusi akaun instagramnya berkongsi berita baik seorang lagi peniaga sate yang turut mencatatkan peningkatan jualan sehingga tujuh kali ganda.

"Encik Megat, salah seorang pemilik gerai sate di Kajang katakan jualannya meningkat antara tiga hingga tujuh kali ganda selepas pembukaan fasa kedua MRT Malaysia laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK)," kata Abdul Rahmat.

Semakan di media sosial turut mendapati ramai pengguna MRT kini menikmati diskaun tambang 50% sehingga 31 Ogos untuk ke Kajang sebagai destinasi persinggahan.

Rapid Rail Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan operasi harian dibawah seliaan Prasarana menyatakan, jumlah penumpang harian MRT kini sudah mencapai bilangan 140,000 sehari.

Kerajaan menyasarkan perkhidmatan MRT dimanfaatkan sekurang-kurangnya 400,000 pengguna untuk laluan SBK. - MalaysianDigest
Sate Kajang 'Menggila' Selepas MRT Siap, Jualan Meningkat 7 Kali Ganda Sate Kajang 'Menggila' Selepas MRT Siap, Jualan Meningkat 7 Kali Ganda Reviewed by Unknown on July 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.