Seo Services

Satu maut, lima cedera parah ketika naiki 'Fireball'



TEXAS: Seorang maut, manakala lima lagi pengunjung Pesta Ohio cedera parah selepas kerusi permainan yang dikenali sebagai 'Fireball' yang dinaiki putus ketika sedang berpusing di udara, kata pasukan bomba kepada media tempatan.

"Kemalangan itu berlaku di bahagian membabitkan seksyen permainan 'Fireball' di sebuah pesta di Columbus, yang mula beroperasi semalam.

"Mangsa yang meninggal dunia adalah remaja berusia 18 tahun," lapor stesen televisyen WCMH.

Menurut Columbus Dispatch yang memetik pihak bomba, mangsa berkenaan maut selepas tercampak ke udara dan jatuh kira-kira 15 meter daripada lokasi permainan itu.

Namun, nama dan identiti semua mangsa termasuk yang cedera masih belum didedahkan.

Sementara itu, pihak pengurusan pesta itu dan Jabatan Bomba yang dihubungi Reuters enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.

Gabenor Ohio, John Kasich, berkata semua permainan di pesta berkenaan sudah ditutup untuk pemeriksaan lanjut.

"Saya sangat sedih dengan kemalangan ini, dengan kehilangan nyawa dan jumlah mereka yang cedera ketika mengunjungi Pesta Ohio," kata Kasich dalam kenyataan di Twitter.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Bomba, Steve Martin berkata kepada WCMH, lima mangsa yang cedera parah sudah dibawa ke hospital berdekatan. -Reuters
Satu maut, lima cedera parah ketika naiki 'Fireball' Satu maut, lima cedera parah ketika naiki 'Fireball' Reviewed by Unknown on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.