Seo Services

Sebanyak RM4.79 Bilion Disalurkan Kepada Tekun Sehingga Jun Lepas


SUNGAI BULOH: Sebanyak RM4.79 bilion telah disalurkan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional sejak 1998 sehingga Jun tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jumlah itu melibatkan 392,713 usahawan daripada pelbagai skim pembiayaan pinjaman.

"Jumlah yang kecil ini sepatutnya akan menjadi perangsang untuk kita melahirkan usahawan yang lebih berdaya saing,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis mesra Aidilfitri menteri bersama Usahawan TEKUN Parlimen Subang di Kelab Rahman Putra, di sini malam ini.

Terdahulu, Ahmad Shabery menyampaikan anugerah kepada 10 Usahawan Cemerlang dari Parlimen Subang. - BERNAMA
Sebanyak RM4.79 Bilion Disalurkan Kepada Tekun Sehingga Jun Lepas Sebanyak RM4.79 Bilion Disalurkan Kepada Tekun Sehingga Jun Lepas Reviewed by Azmin on July 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.